Sabtu, 14 Januari 2012

Selamat Datang Ke Taman Nilai Perdana Buat YAB Menteri Besar N.Sembilan.


Terima Kasih Dr. Kerana Sudi Meluangkan Masa Untuk Bersama-Sama Beramah Mesra Dalam Jamuan Aidil Fitri 2010 Yg Lalu.Terima Kasih Kerana Ingin Menyumbang Sebanyak $3000.00.Kami Setia Menunggu Sumbangan Itu..Nanti Boleh buat Program Lagi...

Bergotong Royong Buat Padang Bola.Maklomlah Pemaju Tak Sediakan Padang Bola.Tanah Yg di Rezabkan oleh Pemaju Dlim Plan Masa Beli rumah Memang Cantik Tapi Rupanya Tanah Curam Dan tak Rata.
T.Kasih Kepada Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Yg Menyediakan Dana Untuk Buat Program.Kalau banyak Dana Lagi Banyak Program Yg boleh Kita buat.

Ahad, 18 Julai 2010

Selasa, 6 Julai 2010

JEMPUTAN HARI KELUARGA SANTAI DI PANTAI BAGAN LALANG



Assalamualaikum sahabat2 sekalian di sini dengan rasa rendah hatinya saya mewakili AJK KRT Taman Nilai Perdana menjemput Warga Tmn Nilai Perdana untuk bersama-sama menyertai HARI KELUARGA SANTAI di Pantai Bagan Lalang Pada Hari Sabtu & Ahad bersamaan 24&25 July 2010.Bagi mereka yg ingin bermalam bolehlah menempah Chalet di LKIM Bagan Lalang Sepang dgn kadar $110/Sebilik -(Ada ruang tamu) .Kalau tak bermalam di Chalet pun tak pa .Lagipun Nilai Perdana ke Bagan lalang tak jauh SETENGAH JAM BOLEH SAMPAI.Berikut di lampirkan Tentative Program Yg Telah Di Persetujui Oleh Mesyuarat.

SEMUA DI JEMPUT HADIR.
(Bermalam Di Chalet Bukan Satu Kewajiban)
(0133655715/0196311016)



HARI KELUARGA ANJURAN KRT TAMAN NILAI PERDANA
TARIKH : 24 – 25 JULAI 2010
LOKASI : LKIM BAGAN LALANG, SEPANG

Agenda
24hb Julai 2010 ( Sabtu)


1530ptg - Tiba di LKIM & berkumpul

1600ptg - Check Inn
(Bagi Mereka Yg Ingin Bermalam-$110.00)Tak Bermalam pun tak pa sebab tak jauh NP ke Bagan Lalang 1/2 jam je/Solat Zohor berjemaah

1630ptg - Aktiviti Bebas/Solat Asar Berjemaah/- Hi-Tea
1700ptg - Sukaneka
1900ptg - Berehat
Solat Maghrb & Solat Isya’ berjemaah

2100mlm -Perasmian Oleh YB Tuan Mustafa Salim -ADUN KAWASAN LENGGENG
BBQ – Makan Malam
Acara Santai Keluarga


===================================================

25hb Jul 2010 (Ahad)

0700pagi - Aerobik/Jogging/Volleyball

0900pagi - Sarapan Pagi/Aktiviti Keluarga/Penyampaian Hadiah

11tgh - Bertolak ke Destinasi masing-masing



SEKIAN TERIMA KASIH

Sabtu, 20 Mac 2010

Berita Panasss

Assalamualaikum.....

Pada 19hb lepas "sahabat" saya telah menerima panggilan talipon misteri dari seseorang yang membuat complain dan aduan yang mengatakan remaja yang duduk lepak di pondok depan menghisap dadah.Kata pengadu ajk persatuan fasa 2 buat apa takkan nak biarkan aje bebudak tu begitu saja.

Tindakan segera di ambil oleh EN Idris dgn berjumpa bebudak yang lepak tuuuu dan memberi amaran supaya tidak melakukan perkara yg tak baik.Hasil siasatannya beliau telah menjumpai dapur untuk meghisap "syishaa".

Tindakan juga telah di ambil oleh abang Rosli dan saya sendiri dgn berjumpa dgn remaja2 ini dan memberitahu jangan buat kerja tak senonoh dan sebelum jam 11.30 kena meninggalkan tempat ini dan saya acah 2 mereka bahawa polis akan datang sekejap lagi. Kami pun berlalu ...dan terus memberi amaran sekali lagi pada mereka untuk mengingatkan.

Rupa-rupanya dari acah2 menjadi kenyataan rupa2nya ada orang terlebih dahulu membuat lapuran polis dan polis betul-betul datang menyerbu lebih kurang pukul 11.45 mlm.Apalagi mereka ini di siasat seorang demi seorang......namun mereka ini akhirnya di bebaskan kerana tiada bukti.

Pengajaran dari cerita ini......pada sahabat sekalian di dalam kesibukkan kita , kadang kala kita terlupa bahawa ada perkara2 yg perlu kita benteras awal2 lagi kerana di kuatiri akan menjangkit menjadi perkara yang tidak baik.Kebanyakkan mereka yang lepak itu bukan dari fasa kita tapi budak luar....saya rasa elok je kita sita pondok tuuuu dan kalau mencurigakan terus sapa2 saje untuk tel ....kalau nampak tak betul terus tegur jangan tunggu ...

Wakil Polis En Md Diah 016-2433489

Tak payahlah nak tunggu AJK atau KRT ...... ini ada satu lagi kelompok manusia yang kita rasa nak di pandang bagus,dah tau ada perkara tak baik berlaku teruslah talipun polis .Ajk & krt PUN BUKAN ADA WARAN TANGKAP.....

Sabtu, 30 Januari 2010

Buat sahabat yang di rahmati Allah sekalian...

Assalamualaikum....

Maaf kerana terlalu lama saya tidak menulis laman blog ini.Di atas izin Allah dan dorongan sahabat maka saya terasa di panggil untuk meneruskan semula menulis di dalam blog ini.Mohon semua yang membaca blog ini faham kedudukan saya kerana tak dapat selalu nak masuk dalam blog ini kerana faktor masa dan kesibukkan tugas.Insyaallah ada masa terluang saya akan melapurkan aktiviti yang akan di jalankan oleh krt.Bagi sesiapa yang berminat untuk mengendalikan blog ini di minta untuk menghubungi saya untuk di berikan password.Begitu juga tentang kepimpinan krt ini sesiapa secara sukarelanya untuk meneruskan usaha ini di minta juga menghubungi saya.

"Lidi kalau sebatang memang tak berguna tapi kalau di kumpulkan dan di ikat boleh juga di buat penyapu"

Perkembangan terkini untuk makluman tuan2 bahawa krt ada memohon sebuah dewan orang ramai di hadapan surau nilai perdana(jalan masuk) dan sudah di maklumkan kpd YB Dato Hashim.Mohon kepada sesiapa yang ada kelapangan macam Bang Din,Peng. Combi(mereka ini sudah di kenali dan mudah berhubungan dgn agensi yang di maksudkan) atau sahabat 2 yg lain untuk ambil surat asal dari saya dan terus jumpa YDP atau pegawai yang lain untuk follow up.Perkara asas telah saya laksanakan tapi untuk follow up saya memerlukan sukarelawan untuk follow up.Mintak kawan2 fikirlah sama-sama...saya melakukan sesuatu atas kadar keupayaan saya.Saya tak mampu melakukan tugas ini kalau di luar kemampuan saya.Biarlah kita ini di pandang bersatu sebab ini hak kita dan janganlah meletakkan bebanan ini pada krt sahaja sama2 lah kita bahagi-bahagikan tugas ini.Kalau nak di ikutkan ini bukanlah tugas wajib krt.KRT di beri peruntukkan (amanah) untuk buat aktiviti kemasyarakatan dgn harapan kita bersatu tanpa mengira kaum dan warna kulit.Kami lakukan ini sebagai platform sahaja kerana Organisasi yang layak melakukan kerja ini ....cuma pandang dan lihat saja.Tak pa lah ,kalau kita biarkan kita pulak yang rugi...biarlah mereka ini mabuk di buai mimpi dgn dunia mereka.Kita teruskan dgn kerja kita...kalau sesiapa nak ambil nama dan pangkat setelah usaha kita berjaya ambiklah.(Yg penting kita niatkan kerja kita ibadah(Jariah) terus potong cerita)

Untuk aktiviti kali ini saya mencadangkan untuk mengadakan aktiviti yang berbentuk modal insan.Ini penting kerana kemajuan masyarakat Islam itu bukan terletak kepada kemajuan fizikal sahaja tapi harus di imbangi dengan kemajuan Rohani.Sesiapa ada proposal kemukakan kepada kami sekiranya ada budget terus jalan.

Semoga kawan-kawan semua bersepakat untuk terus berusaha.

wasalam




Ahad, 11 Oktober 2009

Jemputan Untuk Badan Kebajikan & KRT bagi Program Jamuan Aidil Fitri Anjuran Combi TNP.

Assalamualaikum.....di atas kesempatan ini saya telah di wakilkan oleh COMBI TNP dengan segala penuh hormatnya menjemput penghuni rumah teres fasa 2(Badan Kebajikan) & KRT TNP untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang akan di adakan pada 18/10/09 jam 8.30am-11.30am di jalan utama hadapan rumah double storey .Sumbangan kuih-muih atau apa sahaja dari kengkawan semua amatlah di alu-alukan.Sumbangan ini tiada paksaan terpulanglah kepada keikhlasan kengkawan semua semoga Allah swt jugalah yang dapat membalas budi dan jasa baik kengkawan semua.

Bagi sesiapa yg berminat untuk menyumbang juadah jamuan tersebut bolehlah menghubungi saya di talian 013-3655715.Masa penghantaran juadah ialah pada 18/10/09 jam 7.30am.